
BATALION KELAPAN
REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA

PANTANG
UNDUR
Galeri Aktiviti Pasukan




SAMBUTAN AIDILFITRI 1434H
KEM KUALA LIPIS. Menjelang Hari Raya Aidilfitri 1434H yang jatuh pada 08 Ogos 13, disambut meriah oleh pasukan 8 RAMD. Tradisi sambutan dimulakan dengan Takbir Malam Raya dari rumah ke rumah. Selesai bertakbir di Surau Kem Lipis, semua warga bergerak ke Rumah Pegawai Memerintah, yang kemudiannya disambung ke Blok Pegawai seterusnya di Rumah Blok PTT Kanan dan berakhir di Blok PTT Rendah. Simbolik sebagai penyatuan warga dalam semangat Syawal ianya juga memupuk semangat kerjasama setiap warga terutama gotong-royong menyediakan juadah jamuan setelah takbir di setiap Blok Rumah Keluarga. Pada sebelah pagi hari raya warga pasukan bersembahyang raya di Surau Kem Lipis dan setelah selesai Khutbah Hari Raya warga pasukan bergerak bagi Majlis Tahlil yang diadakan di Perkububuran RAMD Batu Dua. Pegawai Memerintah 8 RAMD, Lt Kol Abdul Jalal Zaidi bin Abdul Majid mengadakan lawatan ke Balai Pengawal Dan Gudang Peluru. beliau turut menyampaikan sumbanagn hari raya kepada anggota yang bertugas pada pagi hari raya. Kemuncak sambutan dengan jamuan raya di perkarangan bakat dimana sumbangan raya serta pemberian duit raya kepada anak-anak warga 8 RAMD oleh Pegawai Memerintah dan isteri .




PERLAWANAN BOLA TAMPAR ANTARA KOMPENI PASUKAN 8 RAMD
KEM KUALA LIPIS. Perlawanan Bola Tampar Antara Kompeni 8 RAMD di padang Bola Tampar Kem Lipis, Pahang pada 22 Mei 13. Perlawanan kali ini menyaksikan perlawanan sengit antara kompeni dalam merebut gelaran Johan Perlawanan. Semua pasukan menunjukkan sifat juang yag tinggi termasuk mereka yang menjadi penonton. Sebanyak 2 kali Tim bagi mewakili setiap kompeni menyertai pertandingan kali ini dan dimulakan dengan perlawanan antara Kompeni Markas melawan Kompeni Bantuan dan Kompeni Bravo menentang Kompeni Charlie.




IPELANCARAN T SHIRT PASUKAN 8 RAMD
KEM KUALA LIPIS. Pasukan telah melancarkan T Shirt pasukan yang baharu pada 21 mei 13 di Padang Kawad Pasukan, Kem Lipis Pahang. Pelancaran disempurnakan oleh Lt Kol Abdul Jalal Zaidi bin Abdul Majid (3004202). T shirt pasukan yang baharu ini di perkenalkan dengan dua warna iaitu Merah dan Hitam merupakan komponen warna pasukan Hitam Merah Hitam. T shirt yang mempunyai huruf 8 disebelah kanan melambangkan identiti pasukan iaitu Batalion Kelapan di dalam Rejimen Askar Melayu. Pegawai memerintah berharap dengan pengenalan T Shirt Segerun dan Segarang ini, dapat memberikan impak keceriaan dan keharmonian kepada anggota dalam menjalankan tugasan harian.