
BATALION KELAPAN
REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA

PANTANG
UNDUR
KRONOLOGI PENUBUHAN
a. Tanggal 11 Mac 1963, Kompeni C, 7 RAMD distrukturkan sebagai Kompeni A. Manakala Kompeni B, adalah dari pengstrukturan Kompeni D, 4 RAMD.
b. Tanggal 2 Mei 1963, Kompeni B, 2 RAMD pula distruktur dan merealisasikan pembentukan Kompeni C.
c. Tanggal 1 Jun 1968, Kompeni D telah ditubuhkan. Dengan pembentukan tersebut organisasi 8 RAMD telah hampir lengkap sebagai pasukan tempur.
Setelah 45 tahun penubuhannya, pasukan 8 RAMD terus berbuat jasa dan berjuang demi kedaulatan negara tercinta. Negeri Perak, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Melaka dan Pahang begitu merasai kehadirannya. Kronologi penempatan pasukan 8 RAMD untuk menjaga keselamatan negara adalah:
a. Kementerian Pertahanan pada Julai 1962 hingga Oktober 1962.
b. Kem Bukit Temoh, Tapah, Perak pada Oktober 1962 hingga Disember 1963.
c. Kem Lapangan Terbang, Sandakan, Sabah pada Januari 1964 hingga Ogos 1964.
d. Kem Ulu Pandan, Singapura pada September 1964 hingga April 1965.
e. Kem Kukusan, Tawau, Sabah pada Mei 1965 hingga Julai 1965.
f. Kem Bukit Temoh, Tapah, Perak pada Julai 1965 hingga Julai 1966.
g. Kem Balai Ringin, Serian, Sarawak pada Ogos 1966 hingga September 1967.
h. Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Oktober 1967 hingga Januari 1969.
i. Kem Semenggo, Kuching, Sarawak pada Februari 1969 hingga November 1972.
j. Kem Terendak, Melaka pada Disember 1972 hingga Ogos 1973.
k. Kem Tasik Emas, Bau, Sarawak pada September 1973 hingga Ogos 1974.
l. Kem Terendak, Melaka pada September 1974 hingga November 1979.
m. Kem Kukusan, Tawau, Sabah pada November 1979 hingga November 1981.
n. Kem Bentong, Pahang pada Disember 1981 hingga November 1990.
o. Kem Semenggo, Kuching, Sarawak pada Disember 1990 hingga November 1995.
p. Kem Lipis, Pahang pada November 1995 hingga sekarang.