
BATALION KELAPAN
REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA

PANTANG
UNDUR
TENTANG
PASUKAN

Lambang Pasukan
Warna pengenalan pasukan adalah MERAH HITAM MERAH. Warna tersebut mempunyai makna-makna berikut:
Merah. Melambangkan semangat keberanian, daya juang yang tinggi dan semangat setia kawan yang tidak berbelah bahagi di dalam jiwa dan sanubari anggota-anggota pasukan.
Hitam. Melambangkan kegigihan, kecekalan dan tekad yang padu dalam mengharungi dan menjayakan misi penugasan pasukan
COGAN KATA
8 RAMD menggunakan cogan kata ‛PANTANG UNDUR’. Ianya melambangkan kecekalan dan semangat juang yang tinggi di kalangan anggotanya. Ianya juga mencerminkan kesediaan dan kesanggupan setiap anggota pasukan untuk berkorban demi kepentingan agama, bangsa dan kedaulatan serta kesucian tanah air tercinta.

RAGAAN PASUKAN
Ragaan utama (center piece) 8 RAMD adalah Rusa Sarawak yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1974 dan diterima oleh Lt Kol Ali bin Dollah selaku Pegawai Memerintah pada masa itu bagi mengenang jasa batalion yang telah berkhidmat sebanyak tiga kali bermula pada tahun 1966 dan terakhir pada tahun 1974. Ia juga bagi mengenang jasa batalion ini yang telah berjaya membunuh seramai 31 PGK dan menawan 21 PGK yang lain sepanjang tempoh perkhidmatan pasukan di Negeri Sarawak. Ragaan utama Rusa Sarawak ini dibuat daripada stainless steel dan beratnya 3.5 kg. Nilainya dianggarkan RM 3,000.00 dan disimpan di Wisma Perwira 8 RAMD sebagai lambang kebanggaan seluruh warga batalion. Arca seekor rusa adalah melambangkan kepintaran dan ketangkasan pasukan 8 RAMD semasa menjalankan tugas yang diamanahkan terutamanya semasa operasi menentang Pengganas Komunis.
PENGANUGERAHAN PANJI-PANJI PASUKAN
Panji-panji pasukan dianugerahkan pada 28 Mac 1968 di Kem Sg. Besi, Kuala Lumpur oleh DYMM Yang DiPertuan Agong Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abidin Alam Shah. Lt Muda Haidar bin Darus telah dilantik sebagai Pegawai Panji-Panji.

LAGU PASUKAN
Pahlawan Lapan Melayu
Berjuang lah Berjuang
Untuk Pertahankan Ibu Pertiwi
Berjuang lah Berjuang
Bujur Lalu Melintang Patah
Lapan Melayu Takkan Undur
Rela Ku Korbankan Jiwa Ku
Untuk Ibu Pertiwi
Bujur Lalu Melintang Patah
Lapan Melayu Takkan Undur
Mengalir Darah Ku Ke Bumi
Berjuang Sampai Mati